KAWAN or KEKASIH ???


Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Buku Tidak Bermutu


Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, "Saya mahu komplain!"

"Ada apa, Cik?" petugas perpustakaan bertanya.

"Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!" jelas Noni.

"Kenapa pula Cik?"

"Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!"

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, "Haaa .... Jadi Cik lah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!"

Main Tikam


Masa kecik2 dulu "TIKAM" cukup popular. Lebih2 lagik time bulan posa ler. Merata time tue carik duit just nak main tikam aja. Cuba nasib katakan. Mana tau ada untung beli RM0.10 dapat RM2.00. Kalo tikam tue kasik hadiah like hadiahnya mercun . .. huhhhh. Mula2 dulu aku jadi pembeli, pastu bila dah matang skit aku jadik tokey tikam. Hahahah . .. Seronok2 bila mengenang kembali masa lalu. Korang penah daq main tikam nie, kalo ada share2 la skit pengalaman yg ada.

ROKOK !!!

“Pelajari Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Dengan Mudah dan Menyeronokkan Sambil Anda Boleh Terus Enjoy Merokok Sesuka Hati di Mana Jua!”


Super Cigarette


  • Tiada tar
  • Tiada Kryptonite
  • Tiada Asap Kimia Merbahaya
Kandungan Nikotin yang boleh dilaraskan sehingga Kosong
Untuk keterangan lanjut sila klik ---> http://e-cigar.hjsmael.com/

Puisi bagi yang sedang bercinta dan mencari cinta . . .

Ku percaya
Kau tahu apa yang ku rasa
Ku yakin kau mengerti
Kemana ku ingin hati bermuara
Walaupun tak pernah ku katakan
Semuanya tak pernah ku unggkapkan

Ku hanya mahu kau mengerti
Mengerti segala tentang aku
Beginilah diri ini
Dengan segala kekuranganku
Aku dengan keterbasanku

Duhai kasih
Berlabuhlah di samudera ini
Tanpa ada batasannya
Menyelam diruang kalbu
Dan ku dapati jernih hati ini
Mengalir menyejukkan
Duhai kasih
Izinkan ku mengerti hatimu
Hadhirnya teguh dan setia
Langkah tak akan membawa duka
Kerana cinta ikhlas ini
Ia datang membawa bahagia

Hahahaha . .. Selingan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya, Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Mencintai & Dicintai?


Selepas aku postkan pasal isu Mencari Cinta, ada seorang teman mengutarakan pula mengenai Mencintai dan Dicintai? Apa beza benda diatas, lalu aku selidiki untuk mendapatkan sedikit info mengenainya.

Apa itu cinta?
Sebagaimana dalam Wudda QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

So pada pendapat saya, dari cinta barulah kita boleh dapat untuk "Mencintai dan Dicintai". "Mencintai dan Dicintai" itu adalah satu perasaan yang lahir dalam diri setiap individu. Errmmm . .. tapi bagaimana kita untuk mendapatkan perasaan "Mencintai dan Dicintai"?. Kepada sesiapa yang berpengalaman atau pakar yang dikenali Dr. Cinta like En. Hizami, En. Azrul, Kak Siti ker, Yus yang baru kawen, kongsi2kanlah bersama . . .. Renung2kan dan Selamat Beramal.

Mencari Cinta


Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai Mr Right atau Ms Right mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka betul-betul mengenali individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau bahagia sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

Hello, awak dah makan . . bla . . bla . . . bla


Salam, nak tanya korang la, apa reaksi korang pabila awek korang call. Time tue kengkawan ada and dok dalam satu kater and korang angkat call tue. Masa ckp mesti yang caring2 punya ayat kan. . . . huhuhu, kawan plak dengar. Hello awak, dah makan, dah minum, dah makan ubat la, mcm2 dah punya ayat kuar. Hahahaha. So kepada sesapa yang ada pengalaman share la. Al maklum la . .. yg dengar tue plak x penah bercinta, yg dia tau benci nyer . . .

Idola Ku Kembali Beraksi . . .


Si Juara kembali beraksi bersama Ferrari, jom sokong schumi dan Ferrari.

Massa yakin bekas rakan sepasukannya, Schumacher mampu membawa cabaran F1 dengan baik.

''Dia tahu bagaimana mahu menang. Dia tahu kerana dia merupakan pelumba yang terhebat. Saya rasa bertuah kerana dapat menyerahkan kereta kepada seorang jaguh yang hebat,'' katanya - Sumber Utusan Malaysia.


Tanda-tanda anda telah dijangkiti H1N1

Wei zam, tgk tang yg number 6 tue, baik ko g jumpa doktor cepat . ..

Aku Rindu Sayang Kamu


Syok plak dengar lagu nie kat radio, ingatkan sapa nyanyi. Tapi mmg besh la lagu nie. Tahniah black.

H1N1 Punya Kes . . .


Datang keje pon kene pakai ini topeng, celaka punya babi, dia punya angkara kita yang jadi mangsa. Saya dah pakai . . . anda bila lagi. Cegah lebih baik dari mengubati . . . renung-renungkan dan selamat beramal.

Ikut Kawan . . .


Ini trend ikut kawan, apa nak jadi. Dulu masa zaman kanak2 kita suka buat keputusan base on rakan2. Kawan kata, ari nie kita makan nasik lemak ekk. Semua makan nasik lemak. Kawan kata nak makan kat mana? Jom kita makan kat belakang stor. Huhhh . . .. Naik dewasa sikit, keadaan x banyak berubah, trend ikut kawan nie still ada, kawan pakai rantai, kita semua pakat pakai. Jom pie gaduh, boleh hidup semati gaduh gak, kena tangkap masuk lokap pun sama-sama. Nie bila dah besar skit(dah keje la) pun sama gak, suka ikut. Kawan tanya mau makan mana. Ikut hang la, kwn tanya lagik, jom teman g meeting, ikut lagik. Macam2 la kalo nak citer pasal isu ikut kawan. Rasa nya korang pun mesti ada pandangan pasal isu inikan, so share2lah. Hehehehehe . . . .

Kondom Handphone


Wahhhh . . . ingatkan orang aja pakai kondom, handphone pun ada gak kondom ek. Apasal Handphone nak pakai gak kondom? Tapi jangan la pakai kan kondom sampai jadi mcm gambar diatas ekkk. . . kalo handphone tue bleh bercakap, hallo bos, ini kondom sudah bocor la. Hahahaha . ..

Tukang Kasut Sudah Balik Kampung . . .


Ini gambar aku amik masa nak pie Klinik Dr. Musa, tertarik plak aku dengan apa yg dipaparkan. Bleh gak buat orang memberi perhatian kepada pekara2 seperti ini. So, ini macam ada peluang bagi sapa2 yg teror pomen2 pasal basikal. Bleh la sapa yang nak wat duit extra bukak market kat area sini. Lokasi sederet dengan Klinik Dr. Musa(Klinik Mawar ker Penawar namer nyer) di Duyong Melaka.

Kahwin Wasiat . . .


Al Kisah satu cerita pasal kawan aku. Cerita nya bermula macam nie, biasa ler kita dah berkeluarga mesti ada hairiki keluarga. Ada pak long, pak ngah, pak lang, pak su etc. Kawan aku nie dia ada ler Pak Long, baik dan rapat sangat. Pak ---- dia pun dah kawen, dah kawen mesti la ada anak kannnnn.(Amar bila nak dapat anak) Anak nyer sebaya plak dengan dia. Dia nie dah mesra la ngan pak ---- dia, pak ---- dia pun dah tau budi dan bahasa dia(dia budak jahat sebenarnya). Dah selalu nampak dia pak ---- dia pun berkenan ngan dia. Nie ajal maut rezeki semua kuasa Allah kan, dari dia aku datang dan kepada dia aku kembali. Masa untuk dia berbakti dan menikmati kehidupan duniawi sudah sampai. Rupa-rupanya dia ada niat, sebelum mehenbuskan nafas terakhir dia sempat menyanpaikan wasiat dia, dimana dia nak anak perempuan bongsu dia disatukan dengan anak buah dia (kawan aku le). Dia berpesan, jangan semadikan dia selagi anak perempuan dia tidak dinikahkan dengan anak buah kesayangan dia. Tu la wasiat terakhir dia, sudahkan rasa tanggungjawab, kawanku menerima dengan redha. Dia selamat di ijab kabulkan. Tapi apa pandangan korang akan isu ini, bagi aku bagus untuk dia, sebab dia nie pemalu, kalau nak cari awek tak dapat la. Cakap belakang berani, depan-depan takut.

So . . . apa kata korang? Kalo korang ada kat tempat dia boleh ker korang accept kawen wasiat nie?

Saya Dah Berjaya . . . Anda Pula Bagaimana???


Ayat bukan main lagik. Ayat sapa nie, biasa ayat org bisnes ler. Ayat tak tahan, mentang-mentang dia dah berjaya bukan main eksen lagik. Banyakk plak dia tanya. Ko keje apa skrg?, brp banyak gajik ko . . .? pakai kater apa?, dah kawen ker?, anak berapa?, rumah ko kat mana?, sewa ker beli? dan lain2. Ko blaja tinggi2 x kan nie jer yg ko ada. Aku blaja x der masuk U pun, ko tgk apa yg aku ada sekarang. Ko blaja hutang ada la. Macam mana ko nak kumpul duit nak kawen nie, nak beli kater dengan gaji ko yang tak seberapa. Tak kan ko tak nak ubah hidup ko, ker ko memang nak hidup macam nie aja.

Ermmm, macam mana ko boleh jadik kaya? kalo aku cakap nanti ko kata aku cakap besaq, kalau kita tak tunjuk macam mana boleh dapat, dia cakap kita menipu. Kalau kita tunjuk macam mana boleh dapat, dia cakap kita menunjuk-nunjuk.

Tapi macam mana kita nak ubah hidup ini. Ada rasa nak kaya. tapi tak yakin, banyak yang yang tolokop dari yang berjaya. Masa dia berjaya, nanti time kita join tolokop. Banyak plak dah melabur.

Dalam kita nak mengejar kekayaan, Jangan kita terlalu nak cepat kaya bila sebut tentang ni boleh buat duit. Jangan juga sampai kita tertipu dengan program-program atau produk yang menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat. Nanti kita pula yang terkena.

Anda mungkin dah berjaya, apa pula kata anda . . .