Puisi bagi yang sedang bercinta dan mencari cinta . . .

Ku percaya
Kau tahu apa yang ku rasa
Ku yakin kau mengerti
Kemana ku ingin hati bermuara
Walaupun tak pernah ku katakan
Semuanya tak pernah ku unggkapkan

Ku hanya mahu kau mengerti
Mengerti segala tentang aku
Beginilah diri ini
Dengan segala kekuranganku
Aku dengan keterbasanku

Duhai kasih
Berlabuhlah di samudera ini
Tanpa ada batasannya
Menyelam diruang kalbu
Dan ku dapati jernih hati ini
Mengalir menyejukkan
Duhai kasih
Izinkan ku mengerti hatimu
Hadhirnya teguh dan setia
Langkah tak akan membawa duka
Kerana cinta ikhlas ini
Ia datang membawa bahagia

Hahahaha . .. Selingan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya, Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Mencintai & Dicintai?


Selepas aku postkan pasal isu Mencari Cinta, ada seorang teman mengutarakan pula mengenai Mencintai dan Dicintai? Apa beza benda diatas, lalu aku selidiki untuk mendapatkan sedikit info mengenainya.

Apa itu cinta?
Sebagaimana dalam Wudda QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

So pada pendapat saya, dari cinta barulah kita boleh dapat untuk "Mencintai dan Dicintai". "Mencintai dan Dicintai" itu adalah satu perasaan yang lahir dalam diri setiap individu. Errmmm . .. tapi bagaimana kita untuk mendapatkan perasaan "Mencintai dan Dicintai"?. Kepada sesiapa yang berpengalaman atau pakar yang dikenali Dr. Cinta like En. Hizami, En. Azrul, Kak Siti ker, Yus yang baru kawen, kongsi2kanlah bersama . . .. Renung2kan dan Selamat Beramal.

Mencari Cinta


Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai Mr Right atau Ms Right mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka betul-betul mengenali individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau bahagia sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

Hello, awak dah makan . . bla . . bla . . . bla


Salam, nak tanya korang la, apa reaksi korang pabila awek korang call. Time tue kengkawan ada and dok dalam satu kater and korang angkat call tue. Masa ckp mesti yang caring2 punya ayat kan. . . . huhuhu, kawan plak dengar. Hello awak, dah makan, dah minum, dah makan ubat la, mcm2 dah punya ayat kuar. Hahahaha. So kepada sesapa yang ada pengalaman share la. Al maklum la . .. yg dengar tue plak x penah bercinta, yg dia tau benci nyer . . .

Idola Ku Kembali Beraksi . . .


Si Juara kembali beraksi bersama Ferrari, jom sokong schumi dan Ferrari.

Massa yakin bekas rakan sepasukannya, Schumacher mampu membawa cabaran F1 dengan baik.

''Dia tahu bagaimana mahu menang. Dia tahu kerana dia merupakan pelumba yang terhebat. Saya rasa bertuah kerana dapat menyerahkan kereta kepada seorang jaguh yang hebat,'' katanya - Sumber Utusan Malaysia.


Tanda-tanda anda telah dijangkiti H1N1

Wei zam, tgk tang yg number 6 tue, baik ko g jumpa doktor cepat . ..

Aku Rindu Sayang Kamu


Syok plak dengar lagu nie kat radio, ingatkan sapa nyanyi. Tapi mmg besh la lagu nie. Tahniah black.

H1N1 Punya Kes . . .


Datang keje pon kene pakai ini topeng, celaka punya babi, dia punya angkara kita yang jadi mangsa. Saya dah pakai . . . anda bila lagi. Cegah lebih baik dari mengubati . . . renung-renungkan dan selamat beramal.

Ikut Kawan . . .


Ini trend ikut kawan, apa nak jadi. Dulu masa zaman kanak2 kita suka buat keputusan base on rakan2. Kawan kata, ari nie kita makan nasik lemak ekk. Semua makan nasik lemak. Kawan kata nak makan kat mana? Jom kita makan kat belakang stor. Huhhh . . .. Naik dewasa sikit, keadaan x banyak berubah, trend ikut kawan nie still ada, kawan pakai rantai, kita semua pakat pakai. Jom pie gaduh, boleh hidup semati gaduh gak, kena tangkap masuk lokap pun sama-sama. Nie bila dah besar skit(dah keje la) pun sama gak, suka ikut. Kawan tanya mau makan mana. Ikut hang la, kwn tanya lagik, jom teman g meeting, ikut lagik. Macam2 la kalo nak citer pasal isu ikut kawan. Rasa nya korang pun mesti ada pandangan pasal isu inikan, so share2lah. Hehehehehe . . . .